Tablet China HDMI !!!
Sambungan kepada topik China Tablet yang terdahulu.
Dengan hanya tambahan lebih kurang rm100 kita boleh dapat tablet dari china ini yang dilengkapi port 'HDMI Out'. Dalam kotak biasanya disertakan sekali dengan cable Mini HDMI-HDMI untuk sambungkan tablet ini kepada tv yang support HDMI seperti tv LCD. Mode ketika main game adalah 'mirror' seperti laptop sambung pada monitor. Akan tetapi apabila menonton movie, screen akan blank setelah kita biarkan beberapa saat. Cuma tv sahaja yang mengluarkan paparan. Ini amat menjimatkan bateri dan membolehkan lebih dari 6-8 jam waktu tontonan (pastikan model dengan bateri berkualiti..eg: 3500mAh). Paparan pada tablet akan menyala semula sebaik sahaja screen tablet disentuh.
Biasanya tablet china yang support HDMI output ini berasaskan processor A10 yang mempunyai 'max clock' sehingga 1.5Ghz dan ditambah pula dengan GPU (Game Processing Unit) standard yang mencapai 350Mhz (kira macam graphic card la..) menjadikan total speed sehingga 1.8Ghz yang selalu digembar-gemburkan oleh salesman tu. Dengan 1GB RAM, sudah pasti loading time dan gaming akan lebih pantas.. Tiada 'lag'..
Oleh kerana technical spec yang agak power tablet ini dapat support HD sehingga 2160p walaupun buat masa ini mostly cuma video HD 1080p dipasaran. Jadi bermakna tablet ini takkan out-dated untuk tempoh 2-3 tahun akan datang.. heh heh heh
Built in memory 16GB, akan tetapi perlu dikongsi dengan OS Android, RAM dan juga system memory. Maka tinggal la 12GB untuk kita gunakan sebagai storage... besar jugak tu..!!!
Slot MicroSD tetap ada dan mampu support sehingga 32GB sama sepertu model yang terdahulu. Jadi beli memory card besar pastu bubuh movie banyak-banyak.. boleh layan time free.. HD terbaekkk..
Yang penting pastikan ada warranty card. Sebab kalo tablet tu berkualiti kompom agen berani keluarkan jaminan. Kalo tablet yang takde brand perlu berhati-hati kerana kualiti binaan nyer memang boleh diragui.