Monday, 1 September 2014

Apa itu Walkie Talkie ?


Salam bertemu kembali. Setelah lama senyap kerana kesibukkan akhirnya kembali ke sini untuk kita berkongi ilmu.

Walkie talkie..! Bila kita dengar, apa kita fikir..? Sesuatu yang mewah? Atau cuma setakat 'toys'? Di sini saya ingin terangkan sedikit sebanyak secara ringkas apa itu walkie talkie.

Walkie talkie secara amnya terdapat 4 jenis untuk kegunaan awam.
(Pihak berkuasa punya kita tak perlu cerita la kan..)


1. Radio amatur
2. UHF
3. VHF
4. FRS/GMRS

Sebenarnya berdasarkan undang-undang antarabangsa amnya, ke semuanya memerlukan LESEN kecuali FRS. Secara teknikalnya, sebarang alat pemancar perhubungan 2 hala yang mempunyai kuasa melebihi 0.5 watt memerlukan lesen. Penggunaan juga tertakluk kepada cara-cara berhubung, tempoh masa memancar dan saluran (channel) yang digunakan. Tak kurang juga lokasi ia digunakan. Jangan main-main, ada negara yang mengambil tindakan tegas berkaitan peraturan dan undang-undang penggunaan peralatan perhubungan 'wireless' ini sehingga ada yang dipenjarakan.

Namun pada masa ini pemantauan di negara kita ini agak longgar. Oleh itu tepuk dada tanya keimanan diri. Sebagai contoh: kalau orang tak tak tau, tak nampak kita mencuri, rasa-rasa kita nak curi jugak tak?


1. Radio Amatur

Kalau tak silap radio amatur ia juga dikenali sebagai CB Radio atau HAM Radio (mohon betulkan jika saya salah). Ia merupakan perkhidmatan perhubungan global. Bermakna ia boleh digunakan untuk berhubung seluruh dunia. Rasanya tak perlulah nak explain secara teknikal dengan terperinci, cukup penerangan fungsi jer kan..

Radio Amatur memerlukan LESEN untuk menggunakan perkhidmatan ini. Oleh itu kena belajar cara berhubung yang macam cerita polis tulah lebih kurang. Alpha Whiskey Tango dan sebagainya. Apa bila lulus lesen pengguna akan didaftarkan dengan 'call sign' yang tersendiri. Tentu kita pernah nampak sticker di belakang kereta yang bertulis "9W....". Itu adalah call sign. Orang itu boleh dihubungi melalui call sign itu, NINENER WHISKEY.......

Terdapat jenis handheld/portable & maunted (dipasang pada kenderaan atau meja). Rechargeable battery digunakan bagi membekalkan kuasa kepada unit handheld ini. Boleh dikatakan kesemua unit radio amatur ini agak mahal dan memerlukan kepakaran untuk menggendali, setting dan menyelenggaranya. Tapi kalau dah sanggup belajar, ambil exam dan lesen, sudah pasti ia tidak menjadi masalah. Repeater station adalah diperlukan, sebab itulah jarak kemampuan perhubungannya jauhhhhh... dan sebab itu jugalah perhubungan memerlukan lesen dan perlu mematuhi tatacara perhubungan sebab segala perhubungan adalah dipantau !!! heh heh heh...


2. UHF - ultra high frequency

Sering dikenali sebagai walkie talkie guard. Jenis ini adalah yang paling banyak digunakan. Jenis ini merupakan walkie talkie yang versatile, lasak dan kos effektif.
Dengan kekuatan pemancaran 1-5 watt kemampuan gelombang radio ini menembusi dinding dan halangan. Anggaran jarak maksimum adalah 5 km 'eye sight'(tanpa halangan). Walau bagaimanapun jarak ini akan berkurangan mengikut halangan yang ada. Memandangan perkhidmatan radio ini free, so dia tiada Repeater station maka siarannya tidak mampu melepasi bukit bukau. Unit ini tetap boleh dikendalikan bersama Repeater Station tapi bermakna ia bukan la free lagi kan... bayor jangan tak bayor..

Kuasa 5 watt adalah amat ideal untuk penggunaan yang pelbagai. Ia mampu untuk melepasi halangan-halangan biasa seperti dinding konkrit dan sebagainya. Oleh itu ia sering digunakan oleh organisasi & badan-badan yang besar.

Seringkali ia juga digunakan dalam konvoy-konvoy di jalanraya mahupun 4x4 di dalam hutan. Majority unit UHF adalah handheld dengan bateri rechargeable, selari dengan tujuan asalnya iaitu kemudahan komunikasi berkualiti ketika bergerak.

Untungnya kita, Malaysia adalah merupakan diantara beberapa negara yang membenarkan penggunaan radio UHF ini secara percuma dan tanpa lesen. Dengan syarat kuasa yang dikeluarkan oleh radio itu tidak melebihi 5 watt.

Unit UHF ini ada model dengan preset frequency tertentu dan ada model yang mempunyai PC port yang membolehkan ia diprogram untuk berfungsi pada frequency yang dikehendaki.

Harga bagi setiap satu unit agak mahal bagi unit yang berjenama. Akan tetapi sekarang ini sudah banyak terdapat jenama China dengan harga yang amat menarik. Walaupun murah namun perlu kita ingat jenama China ini biasanya agak manja dan tidak selasak unit yang berjenama. Dan akan menjadi masalah apabila unit anda rosak kerana alat ganti sudah pasti sukar didapati. (Sama macam henfon China jugak..)


3. VHF - very high frequency

Unit ini biasanya beroperasi dengan Repeater Station, bermakna ia boleh beroperasi secara meluas mengikut langganan. YA langganan. Apabila menggunakan station ini sudah pasti bayaran atas kemudahan tersebut perlu ditanggung. Oleh itu unit jenis ini sering digunakan oleh Organisasi atau syarikat bagi membolehkan perhubungan seluas satu bandar mahupun satu negeri atau boleh sehingga satu negara. Yang penting bayar!!!

Boleh dikatakan semua unit VHf ini boleh diprogram untuk kemudahan penggunanya dan menara perhubungannya.

Harga agak mahal, lebih mahal dari unit UHF. Juga terdapat jenama China sebagai alternatif namun kelemahan menggunakan jenama China tetap sama seperti biasa.


4. FRS/GMRS - family radio service / global module radio service

Ini merupakan walkie talkie yang paling simple, murah dan mudah untuk dikendalikan. Sememangnya ia memang dikhususkan untuk kegunaan keluarga, oleh itu ianya amat mudah digunakan sehingga anak-anak sekecil 3 tahun boleh mengendalikannya hanya dengan sedikit tunjuk ajar.


Jangan mudah menilai alat ini sebagai permainan dari rupa bentuknya yang agak keanak-anakkan. Sememangnya ia dibuat sedemikian agar menarik minat anak-anak menggunakannya.

Walau rupa bentuknya 'plasticky', ia mampu mencecah jarak sejauh 5 km 'eye sight' dalam keadaan ideal. Akan tetapi dengan hanya berkuasa 0.5 watt, jarak siaran ini amat mudah dipengaruhi oleh element persekitaran seperti dinding konkrit hingga boleh mengurangkan jarak kepada hanya beberapa ratus meter.

Namun sedemikian ia masih merupakan alat pilihan yang terbaik untuk berkomunikasi diantara ahli keluarga apabila keluar berjalan-jalan mahupun beriadah bersama-sama. Terutama apabila kita keluar ke tempat yang sesak ataupun ada crowd yang besar seperti pasar malam mahupun di dalam shopping mall yang sudah pasti kawasannya masih berada dalam zon capaian siaran alat ini.

Kelebihan unit ini adalah sumber kuasa yang pelbagai, boleh mengunakan bateri rechargeable ataupun bateri biasa yang dijual di mana-mana kedai runcit.

Binaan plastik dan simple design memastikan harga yang rendah, ringan dan agak lasak berbanding walkie talkie lain yang jauh berat dan complicated. Oleh itu agak selamat dan cukup ringan untuk digunakan oleh anak-anak.


Inilah yang dikatakan 'toys'. Alat permainan yang beroperasi dalam frekuensi FM dan menggunakan bateri 9v. Fungsinya berdasarkan konsep 'wireless microphone'. oleh itu tiada mode auto di mana alat ini akan terpasang seperti radio FM menunggu siaran dari unit yang lain. Tiada pilihan channel mahupun siaran. Nama pun permainan kan...


Zaman serba canggih ini terdapat pelbagai perubahan terhadap gedget sedia ada, akan tetapi dengan faktor penjimatan kos dizaman sekarang ini, kita tidak dapat pastikan kualiti alat ini dan ketahanannya. Kalau guna untuk seronok-seronok apa salahnyakan. Yang penting jangan sampai membazir pula yer.. membazir amalan syaitan!

**Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dengan maklumat di atas harap dapat betulkan agar kita sama-sama beroleh ilmu**

- InsyaAllah -