Monday, 1 September 2014

Apa itu Walkie Talkie ?


Salam bertemu kembali. Setelah lama senyap kerana kesibukkan akhirnya kembali ke sini untuk kita berkongi ilmu.

Walkie talkie..! Bila kita dengar, apa kita fikir..? Sesuatu yang mewah? Atau cuma setakat 'toys'? Di sini saya ingin terangkan sedikit sebanyak secara ringkas apa itu walkie talkie.

Walkie talkie secara amnya terdapat 4 jenis untuk kegunaan awam.
(Pihak berkuasa punya kita tak perlu cerita la kan..)


1. Radio amatur
2. UHF
3. VHF
4. FRS/GMRS

Sebenarnya berdasarkan undang-undang antarabangsa amnya, ke semuanya memerlukan LESEN kecuali FRS. Secara teknikalnya, sebarang alat pemancar perhubungan 2 hala yang mempunyai kuasa melebihi 0.5 watt memerlukan lesen. Penggunaan juga tertakluk kepada cara-cara berhubung, tempoh masa memancar dan saluran (channel) yang digunakan. Tak kurang juga lokasi ia digunakan. Jangan main-main, ada negara yang mengambil tindakan tegas berkaitan peraturan dan undang-undang penggunaan peralatan perhubungan 'wireless' ini sehingga ada yang dipenjarakan.

Namun pada masa ini pemantauan di negara kita ini agak longgar. Oleh itu tepuk dada tanya keimanan diri. Sebagai contoh: kalau orang tak tak tau, tak nampak kita mencuri, rasa-rasa kita nak curi jugak tak?


1. Radio Amatur

Kalau tak silap radio amatur ia juga dikenali sebagai CB Radio atau HAM Radio (mohon betulkan jika saya salah). Ia merupakan perkhidmatan perhubungan global. Bermakna ia boleh digunakan untuk berhubung seluruh dunia. Rasanya tak perlulah nak explain secara teknikal dengan terperinci, cukup penerangan fungsi jer kan..

Radio Amatur memerlukan LESEN untuk menggunakan perkhidmatan ini. Oleh itu kena belajar cara berhubung yang macam cerita polis tulah lebih kurang. Alpha Whiskey Tango dan sebagainya. Apa bila lulus lesen pengguna akan didaftarkan dengan 'call sign' yang tersendiri. Tentu kita pernah nampak sticker di belakang kereta yang bertulis "9W....". Itu adalah call sign. Orang itu boleh dihubungi melalui call sign itu, NINENER WHISKEY.......

Terdapat jenis handheld/portable & maunted (dipasang pada kenderaan atau meja). Rechargeable battery digunakan bagi membekalkan kuasa kepada unit handheld ini. Boleh dikatakan kesemua unit radio amatur ini agak mahal dan memerlukan kepakaran untuk menggendali, setting dan menyelenggaranya. Tapi kalau dah sanggup belajar, ambil exam dan lesen, sudah pasti ia tidak menjadi masalah. Repeater station adalah diperlukan, sebab itulah jarak kemampuan perhubungannya jauhhhhh... dan sebab itu jugalah perhubungan memerlukan lesen dan perlu mematuhi tatacara perhubungan sebab segala perhubungan adalah dipantau !!! heh heh heh...


2. UHF - ultra high frequency

Sering dikenali sebagai walkie talkie guard. Jenis ini adalah yang paling banyak digunakan. Jenis ini merupakan walkie talkie yang versatile, lasak dan kos effektif.
Dengan kekuatan pemancaran 1-5 watt kemampuan gelombang radio ini menembusi dinding dan halangan. Anggaran jarak maksimum adalah 5 km 'eye sight'(tanpa halangan). Walau bagaimanapun jarak ini akan berkurangan mengikut halangan yang ada. Memandangan perkhidmatan radio ini free, so dia tiada Repeater station maka siarannya tidak mampu melepasi bukit bukau. Unit ini tetap boleh dikendalikan bersama Repeater Station tapi bermakna ia bukan la free lagi kan... bayor jangan tak bayor..

Kuasa 5 watt adalah amat ideal untuk penggunaan yang pelbagai. Ia mampu untuk melepasi halangan-halangan biasa seperti dinding konkrit dan sebagainya. Oleh itu ia sering digunakan oleh organisasi & badan-badan yang besar.

Seringkali ia juga digunakan dalam konvoy-konvoy di jalanraya mahupun 4x4 di dalam hutan. Majority unit UHF adalah handheld dengan bateri rechargeable, selari dengan tujuan asalnya iaitu kemudahan komunikasi berkualiti ketika bergerak.

Untungnya kita, Malaysia adalah merupakan diantara beberapa negara yang membenarkan penggunaan radio UHF ini secara percuma dan tanpa lesen. Dengan syarat kuasa yang dikeluarkan oleh radio itu tidak melebihi 5 watt.

Unit UHF ini ada model dengan preset frequency tertentu dan ada model yang mempunyai PC port yang membolehkan ia diprogram untuk berfungsi pada frequency yang dikehendaki.

Harga bagi setiap satu unit agak mahal bagi unit yang berjenama. Akan tetapi sekarang ini sudah banyak terdapat jenama China dengan harga yang amat menarik. Walaupun murah namun perlu kita ingat jenama China ini biasanya agak manja dan tidak selasak unit yang berjenama. Dan akan menjadi masalah apabila unit anda rosak kerana alat ganti sudah pasti sukar didapati. (Sama macam henfon China jugak..)


3. VHF - very high frequency

Unit ini biasanya beroperasi dengan Repeater Station, bermakna ia boleh beroperasi secara meluas mengikut langganan. YA langganan. Apabila menggunakan station ini sudah pasti bayaran atas kemudahan tersebut perlu ditanggung. Oleh itu unit jenis ini sering digunakan oleh Organisasi atau syarikat bagi membolehkan perhubungan seluas satu bandar mahupun satu negeri atau boleh sehingga satu negara. Yang penting bayar!!!

Boleh dikatakan semua unit VHf ini boleh diprogram untuk kemudahan penggunanya dan menara perhubungannya.

Harga agak mahal, lebih mahal dari unit UHF. Juga terdapat jenama China sebagai alternatif namun kelemahan menggunakan jenama China tetap sama seperti biasa.


4. FRS/GMRS - family radio service / global module radio service

Ini merupakan walkie talkie yang paling simple, murah dan mudah untuk dikendalikan. Sememangnya ia memang dikhususkan untuk kegunaan keluarga, oleh itu ianya amat mudah digunakan sehingga anak-anak sekecil 3 tahun boleh mengendalikannya hanya dengan sedikit tunjuk ajar.


Jangan mudah menilai alat ini sebagai permainan dari rupa bentuknya yang agak keanak-anakkan. Sememangnya ia dibuat sedemikian agar menarik minat anak-anak menggunakannya.

Walau rupa bentuknya 'plasticky', ia mampu mencecah jarak sejauh 5 km 'eye sight' dalam keadaan ideal. Akan tetapi dengan hanya berkuasa 0.5 watt, jarak siaran ini amat mudah dipengaruhi oleh element persekitaran seperti dinding konkrit hingga boleh mengurangkan jarak kepada hanya beberapa ratus meter.

Namun sedemikian ia masih merupakan alat pilihan yang terbaik untuk berkomunikasi diantara ahli keluarga apabila keluar berjalan-jalan mahupun beriadah bersama-sama. Terutama apabila kita keluar ke tempat yang sesak ataupun ada crowd yang besar seperti pasar malam mahupun di dalam shopping mall yang sudah pasti kawasannya masih berada dalam zon capaian siaran alat ini.

Kelebihan unit ini adalah sumber kuasa yang pelbagai, boleh mengunakan bateri rechargeable ataupun bateri biasa yang dijual di mana-mana kedai runcit.

Binaan plastik dan simple design memastikan harga yang rendah, ringan dan agak lasak berbanding walkie talkie lain yang jauh berat dan complicated. Oleh itu agak selamat dan cukup ringan untuk digunakan oleh anak-anak.


Inilah yang dikatakan 'toys'. Alat permainan yang beroperasi dalam frekuensi FM dan menggunakan bateri 9v. Fungsinya berdasarkan konsep 'wireless microphone'. oleh itu tiada mode auto di mana alat ini akan terpasang seperti radio FM menunggu siaran dari unit yang lain. Tiada pilihan channel mahupun siaran. Nama pun permainan kan...


Zaman serba canggih ini terdapat pelbagai perubahan terhadap gedget sedia ada, akan tetapi dengan faktor penjimatan kos dizaman sekarang ini, kita tidak dapat pastikan kualiti alat ini dan ketahanannya. Kalau guna untuk seronok-seronok apa salahnyakan. Yang penting jangan sampai membazir pula yer.. membazir amalan syaitan!

**Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dengan maklumat di atas harap dapat betulkan agar kita sama-sama beroleh ilmu**

- InsyaAllah -

35 comments:

  1. kalau macam walkie talkie jenama Baofeng dia jenis UHF atau WHF? Memerlukan lesen tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. UHF - dalam frequency Citizen Band (CB) dan tidak melebihi kuasa pancaran 5w tidak perlu lesen, tapi kalau frequency lain kena lesen

      Delete
    2. VHF - Perlu ada lesen SKMM/MCMC, kecuali jaluran/frequency komersial seperti kelab atau persatuan. Frequency ini diperoleh dengan permohonan kelab ke SKMM (ada yuran tahunan rm3000 kalau tak silap)

      Delete
    3. Lesen VHF hanya diperlukan apabila kita membuat transmit di atas 144.000 Mhz , di bawah 144 mhz dia dipanggil commercial user...like CB. but you cannot interpret any club frequency under 144000 mhz

      Delete
  2. kalau macam walkie talkie jenama Baofeng dia jenis UHF atau WHF? Memerlukan lesen tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi menggunakan jaluran/frequency UHF Citizen Band (CB) dan tidak melebihi 5 watt tidak perlu lesen. Akan tetapi sebaiknya walkie talkie tersebut diprogram supaya hanya boleh digunakan pada jaluran tersebut (lock).

      Delete
    2. Baofeng kebanyakan UHF. klu baofeng UV-5R boleh VHF dan UHF. jangan ganggu stasen VHF dah...takut kena saman dgn SKMM pula.

      SKMM dah tetapkan frequency yang tidak perlu lesen dan kita boleh gunakan frequency tersebut daripada 446MHz ke 477MHz kalau saya tak silap, kalau nak bercakap lagi jauh sampai ke luar negara boleh guna HF radio...frequency pun ada ditetapkan oleh skmm untuk HF radio..

      Delete
    3. Baofeng kebanyakan UHF. klu baofeng UV-5R boleh VHF dan UHF. jangan ganggu stasen VHF dah...takut kena saman dgn SKMM pula.

      SKMM dah tetapkan frequency yang tidak perlu lesen dan kita boleh gunakan frequency tersebut daripada 446MHz ke 477MHz kalau saya tak silap, kalau nak bercakap lagi jauh sampai ke luar negara boleh guna HF radio...frequency pun ada ditetapkan oleh skmm untuk HF radio..

      Delete
  3. KALAU MODEL YANG BERBEZA TAPI CHANNEL YANG SAME BOLEH DENGAR KE?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Channel yang sama tidak menjamin frequency yang sama. Channel pada walkie talkie tak ubah seperti channel tv yang boleh kita set ikut kehendak kita. Contoh NTV7 boleh kita letak pada No.4 selepas TV3.

      KECUALI bagi model FRS/GMRS yang mana frequency tersebut telah ditetapkan seluruh dunia dan tidah boleh ditukar-tukar.

      Delete
    2. Mungkin ada kes yang boleh dengar tapi tak boleh cakap.
      Ini berlaku apabila 'kebetulan' frequency sama akan tetapi TONE atau encryption tidak sama. Kunci ini digunakan supaya tidak berlaku crossline atau gangguan dari pihak luar.

      Bayangkan kren sedang menerima arahan melalui walkie talkie sekali ramai pula orang lain yang bercakap di channel tu, kan bahaya...

      Delete
    3. boleh, yang penting frequency anda harus sama

      Delete
  4. AsSalam.. kalau saya beli baofeng bf888s... kena program dulu ke.. atau boleh pakai terus.. lagi satu ada tak vhf yang legal dan free...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pakai terus but only with the same model unless you reprograme the frequency on the radio with USB program

      Delete
  5. AsSalam.. kalau saya beli baofeng bf888s... kena program dulu ke.. atau boleh pakai terus.. lagi satu ada tak vhf yang legal dan free...

    ReplyDelete
  6. Kenapa ya frequency juga memainkan peranan dalam menentukan jauh dekat capaian walkie talkie kita? (Tanpa repeater)

    ReplyDelete
  7. Kenapa ya frequency juga menentukan jarak capaian walkie talkie kita? Saya guna UHF....tapi tanpa repeater...ada yg tak sampai 500m pun dah putus2...ada pula frequency boleh sampai 3km.

    ReplyDelete
    Replies
    1. frequency tidak menentukan jarak capaian, penentu sebenar adalah kuasa semasa menghantar..berapa kuasa Watt frequency yang anda guna untuk menghantar maklumat.

      Delete
  8. tumpang tanya mcm mana nk dpt channel polis..sy guna weirwei v1000

    ReplyDelete
    Replies
    1. you cant get any police channel because their frequency and wakie talkie reprograme with voice encryption, which means...all the communication have encrypt when transmit and you have to decrypt when receiving.

      Delete
  9. macam mana ya kita nak set jarak yang maximum jauh? saya pakai boafeng uv82

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kamu guna boafang uv82 ( china brand ) you only have 3- 5 mile, i suggest to you to use any wakie talkie like icom, yeashu, spender, etc. Anywhere, kalau nak transmit yang jauh gunakan wakie talkie yg output power lebih tinggi 25Watt - 100Watt. On handy wakie talkie you cant transmit to far...it have limitation because of the power transmit is only 5watt below except you guys guna amplifier frequency dimna power 5watt ditukar semula kepada 30 watt ke atas...you can get around 40 - 80km or more...

      5 watt output power transmit can go far bergantung kepada di aman anda transmit...contohnya...A transmit di bawah bukit..dan B transmit di atas bukit...this situation you can get lebih jauh but dia masi bergantung kepada antena receiver anda

      Delete
  10. Salam tuan, walkie talkie yang sesuai dlm hutan jenis apa yer. biasa tempat syarikat kerja berbukit n hutan tebal

    ReplyDelete
  11. mintak pendapat tentang walkie yag pkai sim..contoh zello f22+ ataupon inrico..btul ke bleh smpai utra selatan..de kekurangan x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak tanya soalan yg sama..
      ada komen?

      Delete
  12. Assalamualaikum.. nk tnye, klau walkie talkie tu hanya boleh mencecah jarak dlm 1 or 2 km je.. boleh tk kite jd kn dia lebih dari 2km?

    ReplyDelete
  13. Sya nk bli wlkie talkie nk dgunakn d tmpt kerja,,, bgaimana nk set frequancy sma dengn walkie talkie ditmpat kerja

    ReplyDelete
  14. Sy ada membeli walkie talkie baofeng uv-9r, tp sy nak set ke channels rakan2 sy yg dah di orang beri no atau frekuensi...tp sy masih ttp xboleh guna walaupun dah masukkan no yg di orang berikan, di orang menggunakan baofeng jgk tp 5w shj... Sy lbh 5w....jarak 25 miles... Beli kat lazada...boleh tak tunjuk cara nak setting utk boleh masuk dlm channel mcm mn

    ReplyDelete
  15. Adakah radio amatur dapat digunakan di Thailand jika ada lesen yang lengkap.

    ReplyDelete
  16. Bolehkah walkietalkie berlainan jenama bersambung

    ReplyDelete
  17. Walkie talkie L-30 sesuai tak guna dlm hutan utk hiking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya amat tertarik dengan tuan ounya terjemahan. Banyak ilmu2 tuan berkenaan penggunaan walkie talkie. Boleh ke aaya dapatkan contact tuan untuk pertanyaan lain2 ? Sebab saya baru je beli walkie talkie untuk penggunaan dikedai makan. Tapi ilmu berkenaan walkie talkie tak setinggi tuan. Mohon tunjuk ajar 🙏🏻

      Delete
  18. Apa beza dual band dgn tri-band ?

    ReplyDelete