Bertempat di Sungkai, Perak. Agak ke dalam sikit. Reviews adalah mengenai Resort Felda ini. Tarikan sebenar di sini adalah kolam air panasnya. Ada macam-macam nama orang kenal, HOT SPRING TROLAK, KOLAM AIR PANAS SUNGKAI, TRAP, SUNGAI KLAH dan macam-macam lagilah.. tapi tempatnya sama jer..
Felda Residence kat sini ada 2 so jangan tersilap bila call untuk buat reservation. Satu adalah Resort berbentuk 'kem latihan' yang berada di tepi jalan besar (jalan lama) dan satu lagi berada di Hot Spring ini yang agak jauh ke dalam kawasan Felda.
Kadar harga adalah dalam RM 180-280 semalam bergantung pada musim. Akan tetapi bila dah merasai keselesaan biliknya anda pasti berpuas hati. Bersih dan lengkap dengan amenities. Kelebihan menetap di sini sebab mudah dan dekan dengan kolam air panas dan air gunung.
Di sini cuma ada satu coffeehouse tanpa sebarang kedai runcit. So kalau nak stay pastikan apa yang perlu dibeli terlebih dahulu sebab jauh nak keluar masuk ke pekan. Makanan di coffeehouse juga agak sedap dan tidak mengecewakan. Buffet pada harga RM 35 per person untuk makan sepuasnya. Konsep 'open air' dengan suasana semulajadi yang nyaman memang amat santai.
Selain mandi manda, aktiviti terapi seperti rawatan kaki dan rendaman juga boleh dilakukan. Aktiviti sampingan juga ada bagi mengisi waktu terluang.
Basikal sewa juga disediakan pada kadar RM 10 sejam.