Friday, 5 October 2012
Tablet China !!!
Elok ker? Boleh percaya ker? Cepat rosak kot?
Inilah pertanyaan yang bermain di minda dan mulut kita bila sebut berkaitan barangan MADE IN CHINA nih..
Sebagai kaki gedjet, saya agak berpuas hati dengan tablet murah dari china ini. Tambahan pula dengan OS (Operating Software) yang menggunakan Android ICS(Ice Cream Sandwich), macam-macam Game dan App yang boleh kita download dari Google Play Store secara percuma.
Cuma dari segi spec/kemampuan tablet ini yang berbeza dengan tablet berjenama dan mahal. Tablet dari China ini lebih berfungsi seperti PC tablet bukannya sebagai telefon. Lebih kepada multimedia(audio & video), internet & game. Apps(application) yang boleh digunakan agak terhad kerana sensor yang ada pada tablet ini agak terhad. Apps yang tidak memerlukan sebarang penggunaan sensor dapat berfungsi cemerlang tanpa gangguan. Camera di hadapan dibina bertujuan untuk 'video call'sepertu SKYPE dan sebagainya. Ia juga boleh digunakan seperti camera biasa cuma pelik sikit nak guna sebab kat depan. Amik gambar sendiri posing depan camera la.
Maklumlah tablet ini memang dibuat untuk tujuan Internet & Gaming, maka sensor-sensor yang lain seperti GPS & Compass. Maka sebab itulah harga dia dapat murah dan tambahan pula dibuat di China yang terkenal dengan kos murah, maka lagi la murah hingga cuma 1/4 dari harga tablet berjenama. Versi baru dengan minimum Processor 1.2Ghz dan RAM 512MB, sudah cukup lancar untuk Gaming android. Tambahan pula dengan GPU(Graphic Processing Unit) berasingan sehingga 350Mhz, game 3D menjadi lebih lancar dan cantik.
Ada juga tablet China ini yang mempunyai function PHONE yang boleh digunakan untuk panggilan, sms dan internet. Akan TETAPI, dengan adanya function phone ini processor telah dikorbankan menjadi cuma 800Mhz. Speed yang agak rendah bagi high graphic game.
Kemampuan tablet ini memainkan Audio files & Video files menjadikan ia sebagai multimedia centre. Tak perlu lagi mp3/mp4 player yang screen comel. Dengan kemampuan HD video amat memberikan kepuasan menonton video resolusi tinggi sehingga 1080p. Slot untuk memory card menambah kebolehan tablet ini. Movie boleh disimpan dan ditonton bila-bila kelapangan seperti dalam bas dan sebagainya. Slot earphone menjadikan tablet ini sebagai peralatan peribadi terbaik. Kebolehan USB OTG pula hebat kerana kita boleh connect pendrive sebagaimana pada PC. USB ini juga support Broadband Dongle, akan tetapi jenama Huawei sahaja. Jenama lain mostly tak boleh. So boleh internet dengan Broadband. Jika tidak, fungsi build-in WIFI mampu berfungsi cemerlang.
Tablet yang telah saya beli adalah dari jenama MOVE. Jenama ini berasal dari pengeluar alat GPS yang digunakan di dalam kereta. Mungkin kini pengeluar cuba mengambil peluang menambah jualan mereka dengan tablet PC.
PERINGATAN apabila membeli tablet china ini kita perlu berhati-hati dan particular sikit. Bukan nak cerewet tapi untuk kemudahan kita juga nanti. Banyak tablet seperti ini yang dijual dengan pelbagai harga yang berbeza. Ada yang agak tinggi dan ada yang terlalu murah hingga kita tak dapat menolaknya. Jangan lupa, kalau orang jual sesuatu barang terlalu murah berbanding orang lain pasti ada yang 'kurang'.
Pernah terbaca satu iklan berbunyi "Bateri besar tahan lama sehingga 1 jam". Aikk..? Orang lain boleh guna hingga 3-4 jam, bagaimana dia cuma 1 jam..? Ini adalah salah satu 'kekurangan' yang ada pada tablet yang terlalu murah. Ada juga tablet yang kena 'strip down' dimana semua accessories telah dikeluarkan dan dijual secara berasingan. Tak kurang juga tablet yang dijual tanpa jaminan/warranty, jika mahu perlu tambah duit mengikut tempoh jaminan tersebut. Pulak?
Oleh itu apabila membeli tablet china ini pastikan:
Harga purata pasaran semasa RM 299.00 - Saya dah penat survey jalan sana-sini
Ada Jaminan - Saya dapat 1 tahun untuk unit, 3 bulan bateri dan 1 bulan untuk accessories, lengkap dengan warranty card (dah claim, tablet telah locked oleh anak)
Pusat service - Saya punya di jalan ipoh, KL (dah pergi memang ada)
Accessories yang lengkap - Saya dapat boxset lengkap dengan charger, USB cable, USB OTG cable, earphone(murah punya bunyi tak berapa sedap), screen protector dan booklet casing.
Sebagai tips tambahan, cuba rasa berat tablet tu. Mostly berat ini dipengaruhi oleh saiz bateri.
Bateri besar = berat = lebih power 'mAh' = lebih lama masa guna
Cuba dapatkan tablet dengan bateri 3000mAh ke atas. Maklumlah screen besar, so penggunaan power pun agak besar. Bateri tablet saya 3600mAh mampu bertahan hampir 1 hari dengan penggunaan biasa di office seperti dengar mp3 dengan earphone, surf internet dan layan youtube time lunch, layan game time balik dan surfing sebelum tidur. Ada balance dalam 17% pastu time tidur charge.
Lock adalah amat sensitif untuk Android ICS. Kalau silap banyak kali terus 'Locked' dan terpaksa hantar untuk reprogramming. Waktu inilah perlunya 'Service Centre' untuk claim 'Warranty'. Kalau takde jawapnya kenalah keluar RM...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment